Rabu, 30 Mei 2012

Inxpiracy:[Sekatan Ekonomi] Hoi Amerika, Takut Ker Nuklear Iran?


Dengan Amerika cakap elok-elok pun tak guna.
Perumpamaan sesuai untuk negara yang kononnya digelar polis dunia ini sama seperti “semut @ kumandi seberang lautan boleh pula nampak dengan jelas sekali, tapi gajah di depan mata mereka buat-buat tak nampak”. Tak habis-habis kerjanya menganggu negara lain. Israel tidak disentuh pulak. Mentang-mentang sekutu terkuatnya.  Sekarang ini main sekatan ekonomi pula. Erm…….
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan sekatan minyak tanah terhadap Iran dengan majoriti besar, bagi memaksa Teheran membekukan program nuklearnya. Langkah itu memberi kuasa kepada Presiden Barack Obama mengenakan sekatan terhadap firma yang membekalkan produk petroleum bersih kepada Iran. Oleh kerana tidak mempunyai kemampuan tapisan domestik, Iran bergantung kepada import minyak tanah bagi memenuhi 40 peratus penggunaan dalamannya.
Iran mendapat sebahagian besar import itu dari firma Vitol, syarikat Trafigura dari Switzerland/Belanda, firma Total dari Perancis, firma Glencore, British Petroleum serta Reliance dari India.


Setakat Amerika dan negara-negara Eropah mengenakan sekatan ekonomi tidak hairan lagi. Sudah memang tabiat mereka begitu. Tetapi yang sedihnya negara Islam pada zahirnya hanya diam membisu dan apabila hanya memberikan alasan yang kononnya  ia adalah KELULUSAN PBB. Mana suara negara-negara Islam? Sayang seribu kali sayang. Contohnya? Arab Saudi. Sebagai negara Islam, Arab Saudi memang menyedihkan. Sepatutnya tanggungjawabnya yang juga mempunyai pengaruh besar bagi kalangan negara Islam membela negara sesama Islam yang sedang dizalimi, tetapi sebaliknya yang berlaku. Arab Saudi pula yang bersedia menjadi “hero” dengan memberikan kemudahan kepada musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan negara-negara Islam.
Akhbar Inggeris Daily Express mendedahkan laporan yang yang mana berlakunya pertemuan segitiga antara Britain-Israel-Arab Saudi yang dilakukan secara rahsia di kota London. Dalam pertemuan itu, setiap wakil masing-masing dari Britain (Sir John Scarlett), Israel (Meir Dagan) dan Arab Saudi  yang mana berkemungkinan pesawat-pesawat tempur Israel akan menggunakan ruang udara Arab Saudi jika negara Zionis itu jadi melakukan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran.


 Walaupun cuba untuk dinafikan fakta, hakikatnya Amerika sebenarnya tidak berani menyerang Iran disebabkan kekuatan senjata Iran yang melampaui kekuatan Korea Utara. Ini yang menyebabkan Amerika menggunakan pendekatan termasuk sekatan ekonomi yang dihunakan sekarang. Apa yang menariknya di sini, jika Amerika benar-benar keras kepala untuk teruskan rancangan menyerang Iran, maka bersedia mereka menerima buah tangan(peluru berpandu) yang akan menerjah ke bumi Amerika dari Korea Utara. Walaupun mereka komunis, pada dasarnya mereka(Korea Utara) menyokong Iran.
Dan apa yang menariknya di sini, jika Amerika benar-benar akan menyerang Iran, maka peluru-peluru dari Korea Utara akan menerjah ke bumi Amerika. Walaupun komunis, Korea Utara menyokong Iran. Lebih baik daripada pak-pak Arab yang hanya mengaku Islam di bibir tetapi menyokong Amerika. Inilah yang dikatakan “harapkan pagar pagar makan padi”

Iran berjaya melancarkan peluru berpandu jarak sederhana Sejil 2 yang dikatakannya mampu mencapai sasarannya ke negara Israel. Peluru berpandu itu, yang digerakkan dengan menggunakan bahan bakar pepejal, mampu mencapai jarak sasaran sejauh 2,000 kilometer, serta boleh sampai ke Israel, sebahagian besar negara Arab dan juga sebahagian Eropah, termasuk Turki.
P/S : Walaupun Iran ini merupakan bangsa Parsi dan ramai kalangannya adalah syiah, tetapi mereka dari negara Islam yang sepatutnya dibantu dan disokong dikala dalam susah. Walau sekatan ekonomi diketakan ke atas Iran sekalipun, yang pastinya Mahmoud Ahmadinejad tidak akan tunduk kepada perintah Amerika

0 ulasan:

Catat Ulasan