Ini hanya perkongsian dan boleh didapati daripada pelbagai
sumber
1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda
sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai
lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah
dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’
.Tidak
mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.
Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta
dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali.
Itu mengundang musibah.
2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada
ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya.
Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut
tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun
memang benar ibunya jahat.
3.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda? Tak
perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu
semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap
begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia
boleh mengintimkan hubungan. membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara
untuk hubungan yang aman harmoni.
4.Jika dia telah bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya
yang mungkin telah menurun selari dengan betambahnya usia. Dia memang tak suka
dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang boleh anda lakukan
ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya
secara rahsia. Jangan sesekali perlekehkan dan perkecilkannya.Dia bole mengamuk
gila.
5.Dia tidak suka sama sekali dipersalahkan, miskipun jelas dia
bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil
jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat
beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal
itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas denga berbuat
begitu.
6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama
dengan bos, dengan kawan-kawan, dahkan minat dia juga perlu anda sokong. Jangan
tatkala ia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman kerja, anda tokok
tambah lagi dengan menyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa
yang akan dilakukannnya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan berbicara lagi
dengan anda.Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang
itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan
dibandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri dipihaknya.
Jika perlu beri pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama
sekali egonya.
7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya. Jika tertarik pun diam
saja dan simpan didalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik
masyarakat, memujinya secara berlebihan akan engundang rasa tidak senang.
Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.
8.Lelaki penuh denga keegoan. Miskipun dia berpedidikan rendah
daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila membuat
keputusan.Berikan dia kuasa kepimpinan. Jangan fikir mentang-mentang anda
berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara
menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan
terletak ditangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik membangkang.
0 ulasan:
Catat Ulasan