Ahad, 18 Mac 2012

Inxpiracy:Kisah Bunga Ros Merah, Putih Dan Lelaki


Baru-baru ini saya telah mengunjungi sebuah kedai bunga yang terletak di pasar (lokasi Port Dickson) untuk membeli bunga sempena
ulang tahun kami. Memandangkan saya dah terlewat dan kedai bunga itu pun satu-satunya kedai yang buka hari ahad, jadi saya beli sajalah di situ.


"Amoi, kasi bunga ros putih tiga, bungkus cantik-cantik punya." ujar saya.



Kelihatan 2 orang lelaki berusia dalam lingkungan 50an dalam kedai bunga sedang membelek sample gubahan bunga.Tak lama selepas itu saya terfikir sesuatu.



"Eh eh, amoi, kasi tambah satu bunga ros merah."pinta saya lagi.



"Okey bos." kata amoi tu.




Jadi sementara saya tunggu amoi tu siap balut bunga tu, saya pun tunggulah kat tepi sambil tengok video jual ubat  kat kedai amoi tu. Tiba-tiba salah seorang abang tu tegur saya. Antara kedua lelaki itu, dialah yang lebih tua. Berbaju merah, berseluar slack coklat dan berselipar, berkulit gelap dan tampak uban dirambutnya.



Lelaki: Awak beli bunga tu untuk apa bang?



Saya: Owh...Ini sempena anniversary kami bang. Abang beli bunga untuk apa?



Lelaki: Ini haa...Saya beli bunga untuk bagi isteri saya. Saya ni orang KL. Puas saya cari kedai bunga. lepas tu tanya kat kawan ni haaa..... Dia orang PD. Saya tanya dia mana kedai bunga, dia kata paling dekat kat Seremban. Rupanya dia pun tak tahu. Hehehehe.... Nasib baik ada orang bagitau saya kat sini ada kedai bunga.



Saya: Ooooowwwwhhh....



Daripada perbualan tu, saya dapat agak yang lelaki ni tak biasa beli bunga untuk seseorang. Kemudian dia tanya saya kembali.



Lelaki: Kenapa awak pilih bunga ros? Bukan bunga lain?
Saya: Entahlah, perempuan suka kooootttttttt....



Saya malas nak bagitahu cerita sebenar. Yelah, takut-takut kalau soalan dia itu lebih kepada memerli saya.



Lelaki: Iye ke?Betul ke amoi??



Amoi: Iye maa...Olang pelempuan suka bunga los maa...



Lelaki: Ooo...Saya ni bukan apa. Saya ni tak biasa beli bunga. Kadang-kadang nak jugak tahu kenapa beli bunga ni, apa maksudnya..



Memandangkan dia nampak macam betul-betul nak tahu, jadi saya pun barulah buka mulut.



Saya: Ooo.....Perempuan biasanya memang suka bunga ros bang. Sebab bunga ros tu simbol kasih dan sayang kita kat dia. Bila kita bagi bunga, barulah nampak romantiknye.



Lelaki: Iye ke? Betul ka amoi?? You suka ka?



Amoi: Mestilah.... Biasanye aaa.... Pelumpuan memang manyak suka bunga los.



Haaa.... Ituuuuuuu diaaaa amoi sudah bersuara. Kan betul saya cakap. Takkan nak kelentong depan penjual bunga pulak. 


Saya; Tapi bang, bunga ros ni kita tak boleh bagi selalu. Nanti romantik dan 'mahalnya' hilang.


Lelaki: Oo....Betul jugak, kalau bagi selalu mana specialnye ye tak? Ok, ok... Tapi kenapa pulak awak pilih 3 ros putih, lepas tu ada satu je merah?

Argh....Dia tanya pulak soalan yang memang saya malas a.k.a. malu nak cerita.

Saya: Entahlah bang, cantik kot. Hehehe...

Amoi tu pun tersenyum. Saya tau amoi tu boleh baca fikiran saya. Yelah, takkan penjual bunga yang dah bertahun jual bunga tak tahu makna bagi bunga-bunga tu.

Lelaki: Entahlah???Aisshhh... Takkanlah sebab cantik kot. Mesti ada makna ni... Ceritalah, abang pun nak tahu jugak.

Saya: Ok ok..Hehe... Biasanya bunga ros putih tu melambangkan kesucian dan bersih. Warna merah tu pulak melambangkan cinta.

Lelaki: Owh...Ok. Yang bilangan dia tu?

Saya: Bilangan dia tu bawak maksud yang berbeza bang. Tetapi sebenarnya makna bilangan bunga ros tu bergantung kat kita jugak bang. Setiap orang ada maksud yang tersendiri apabila beli bunga ros.

Lelaki: Owh...yeke....Awak beli kenapa?

Adesss.... Kantoi disitu..

Saya: Saya mula-mula beli 3 kuntum warna putih sebab ia melambangkan semoga hubungan kami pada tahun-tahun yang berikutnya diredhai disisi Allah. 3 kuntum tu pulak melambangkan 'I Love U'. Tapi bila saya fikir-fikir, bagi bunga ros putih macam orang meninggallah pulak. Jadi saya tambahlah satu ros merah dan boleh dimaksudkan sebagai hanya dia dan takde orang lain.

Lelaki: Boleh tahan jugak ye awak ni...Ok, ok... Nice.

Selepas tu kami pun berborak panjang sampailah bunga tu siap. Saya bayar duit, salam abang berdua tu, lepas tu gerak terus ke Shah Alam.

Jadi apa yang saya cuba sampaikan kat sini ialah tak semua lelaki faham dan tahu cara untuk mengambil hati seseorang perempuan. Mungkin ada yang tahu, tetapi sengaja tidak mahu beri kerana dia tahu, bunga ros hanya untuk hari yang istimewa dan orang yang istimewa. Mungkin juga ada yang benar-benar tidak mengetahuinya. Jadi peranan anda, sekiranya anda seorang wanita, ajarlah serba sedikit kepada pasangan anda mengenai maksud bunga ros supaya dia faham bahawa anda sukakan bunga ros. 


0 ulasan:

Catat Ulasan