Rabu, 10 Oktober 2012

Inxpiracy:Tips menghilangkan jerawat


Diet Dapat Menghilangkan Jerawat


Salah satu cara untukmenghilangkan jerawatadalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.

Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantumerawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.


Empat pemakanan tersebut adalah: 

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa.

4 Perkara Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Muka


 Tujuan utama mencuci muka adalah membersihkan muka daripada kesan make up, kotoran, lebihan minyak dan sel kulit mati. Cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan ia juga mampu mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jerawat.

Sebelum ini saya pernah memberikan tips mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.

Empat perkara yang perlu dielakkan adalah:

1. Jangan keterlaluan semasa mencuci muka

Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkanjerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.

2. Jangan menggunakkan sabun ketul atau sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai dengan muka sebab kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah anda.

Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.

3. Elakkan menggunakan pencuci muka atau toner yang mengandungi alkohol dan bahan kimia berbahaya.

Saya rasa anda pun tahu bahan kimia tidak elok untuk kesihatan. Biasanya simptom awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah anda. 

Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.

4. Jangan menggunakan air terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menggunakan air terlalu panas dapat mencederakan kulit muka. Penggunakan air terlalu sejuk pula membuat kulit anda rasa terkejut (kulit pun ada perasaan tau  dan melemahkan peredaran darah dan oksigen.

Gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.

Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri.

5 Mitos Menghilangkan Jerawat


Mungkin anda pernah mendengar banyak tipsmenghilangkan jerawat. Adakah anda tahu kebanyakkan tips yang anda dengar ada yang benar dan ada yang tidak benar?

Hari ini saya akan mendedahkan lima mitos yang popular serta penjelasannya yang patut anda tahu. Kebanyakkan mitos ini bukan saja tidak dapat merawat jerawat, malah boleh memburukkan lagi keadaan jerawat anda.

Lima mitos menghilangkan jerawat adalah:

1. Mencuci muka terlalu kerap boleh menghilangkan jerawat

Kebanyakkan jerawat yang berlaku bukan disebabkan kotoran. Dinding liang pori sebenarnya jauh di dalam kulit dan sukar kotoran pada permukaan kulit hendak sampai ke bawah.(berbeza dengan iklan di TV)

Mencuci muka sebenarnya untuk membuang kotoran dan sel kulit mati pada permukaan kulit sahaja. Pencucian muka yang kerap dan kuat dapat membukakan lagi dinding liang pori dan menolak kotoran sampai ke dinding liang pori. Akibatnya liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat berlaku.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari dengan perlahan-lahan.

2. Stress penyebab jerawat

Stress memberi kesan kepada hormon anda. Tindak balas hormon akibat stress menyebabkan kelenjar minyak pada liang pori menjadi aktif yang akan mengeluarkan sebum/minyak dan menghasilkan kulit mati dengan banyak.

Akibatnya jerawat akan tumbuh jika anda tidak mencuci dengan segera. Kebanyakkan punca stress disebabkan oleh kekurangan tidur. Jika anda kekurangan waktu tidur, jangan terkejut jika jerawat tumbuh di muka selepas anda bangun dari tidur . Mitos ini boleh diterima dan digunakan.

3. Matahari membantu menghilangkan jerawat

Berjemur di bawah sinaran matahari selama 10 – 20 minit sehari boleh membantu menghilangkan jerawat terutamanya jerawat yang tumbuh di bahagian badan. Di samping membekalkan Vitamin D (bagus untuk kulit anda  ) matahari juga dapat membunuh bakteria di permukaan kulit.

Apa yang tidak elok adalah terdedah pada matahari terlalu lama iaitu sekitar satu jam ke atas. Akibatnya matahari akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit anda terasa gatal. Simptom ini tidak menyebabkan jerawat serta merta. Biasanya dalam masa satu ke dua minggu jika tidak dirawat dengan segera jerawat akan tumbuh. Jika anda mempunyai jerawat, cuba ingat kembali adakah anda terdedah pada matahari terlalu lama pada minggu yang lepas? . Jadi, elakkan diri anda terdedah daripada sinaran matahari terlalu lama.

4. Picit jerawat boleh menghilangkan jerawat dengan cepat

Saya rasa anda sendiri pun tahu picit jerawat boleh memudaratkan lagi keadaan jerawat tetapi ramai yang masih melakukannya. (maybe picit jerawat sebab geram kot ). Walau apa pun alasan jerawat masih tidak boleh di picit sewenang-wenangnya.

Ramai yang menyangka memicit jerawat dengan tangan adalah mengeluarkan jerawat dari permukaan kulit. Pernyataan ini salah. Memicit jerawat sebenarnya anda menolak lagi bakteria, minyak dan sel kulit mati jauh di dalam kulit. 

Akibatnya kulit akan luka, bengkak dan kemerahan. Bagi yang bernasib baik ia akan meninggalkan kesan parut hitam yang mengambil masa berbulan-bulan untuk hilang. Bagi yang kurang bernasib baik ia akan meninggalkan parut berlubang selama-lamanya.

So, jangan picit jerawat ya! 

5. Anda perlu membiarkan saja untuk jerawat sembuh

Mungkin anda sudah berputus asa setelah mencuba pelbagai produk dan cara untuk menghilangkan jerawat tetapi tidak berjaya dan anda mengambil keputusan untuk membiarkan saja jerawat itu sembuh sendiri. 

Jangan biarkan jerawat anda begitu saja. Ia tak kan sembuh sendiri malah akan bertambah teruk jika tidak dirawat.

Sebenarnya jerawat boleh sembuh kalau kena pada caranya. Tak ada rahsia untuk memiliki kulit yang cantik, bersih dan licin.  

Jika anda masih tidak berjaya menghilangkan jerawat selepas mencuba pelbagai produk, nasihat saya berhenti membazirkan wang dan masa anda mencuba produk jerawat yang lain. Beralih ke cara lain iaitu berjumpa doktor pakar kulit. Beliau akan memberikan nasihat serta ubat yang bersesuaian dengan kulit anda. (saya rasa pelik sebab terdapat banyak jenis produk jerawat di pasaran tetapi masih ramai yang menderita dengan masalah jerawat mereka. Anda tak rasa pelik?)

Walau pun mendapatkan khidmat doktor pakar memerlukan pelaburan yang agak besar tetapi ia berbaloi dan mungkin anda dapat mengatasi masalah jerawat selama-lamanya.

Itu saja antara mitos-mitos jerawat. Sebenarnya banyak lagi mitos mengenai jerawat. Di sini saya hanyakan senaraikan lima mitos yang paling popular. 

Nasihat saya yang terakhir jumpalah doktor pakar sebelum anda mencuba apa-apa jenis produk jerawat untuk menyelamatkan kulit muka anda daripada berjerawat teruk.


Tidur Cukup Jerawat Tiada


Apa kaitan jerawat dengan tidur? Jawapannya memang ada kaitan. Anda mesti pernah dengar tidur adalah waktu tubuh badan untuk berehat, menyembuh, membesar dan melindungi manusia. Sebab itu tidur yang cukup penting supaya sistem di dalam tubuh badan anda dapat bekerja dengan baik setiap hari. 

Pada mulanya saya pun tidak percaya kurang tidur boleh menyebabkan jerawat. Apabila saya terdengar ceramah seorang profesor melalui radio (dah lupa radio ape ) salah satu simptom kekurangan tidur adalah jerawat, saya pun terus mengkaji dan akhirnya bertemu jawapan yang pasti.

Tidur yang cukup bermakna memberi masa yang cukup untuk tubuh badan anda merawat pelbagai penyakit termasuklah merawat dan menghilangkan jerawat

Jadi bagaimana jerawat boleh muncul jika anda tidak cukup tidur?

Ada dua sebab terbesar bagaimana jerawat boleh muncul jika anda kekurangan tidur iaitu:

i)    Insulin Resistant
ii)    Keradangan Kronik

Menurut kajian Saintis University of California, kekurangan tidur adalah penyumbang terbesar kepada Insulin Resistan dan Keradangan Kronik.

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal tahap glukosa/gula di dalam darah. Biasanya penyakit disebab oleh Insulin Resistant/Halangan Insulin ini melibatkan penyakit diabetis dan kencing manis.

Apabila Insulin gagal mengawal tahap gula di dalam darah, liang pori akan bertindak aktif mengeluarkan sebum (sejenis lemak/minyak) dengan terlalu banyak.

Sebum bagus untuk kulit. Ia berfungsi melindungi kulit daripada bakteria dan mengelak kulit muka menjadi kering.

Manakala keradangan berfungsi sebagai memulakan proses penyembuhan di dalam tubuh badan manusia. Sebenarnya keradangan bagus untuk anda. Tanpa keradangan mungkin anda boleh mati cepat .

Apa yang tidak bagus mengenai keradangan adalah keradangan meningkat kepada tahap kronik. Pemakanan yang tidak sihat boleh memusnahkan sel kulit dan keradang akan menghasilkan banyak sel kulit mati ke tahap kronik.

Ok, biar saya memudahkan anda. Secara asasnya kejadian jerawat adalah penghasilan sebum yang tidak terkawal, sel kulit mati dan bakteria.

Insulin resistant menyebabkan penghasilan sebum yang banyak. Kemudian keradangan kronik menghasilkan sel kulit mati dan menyumbat liang pori. Apabila sebum tidak boleh keluar dengan lancar melalui liang pori disebabkan sel kulit mati tersumbat, bakteria akan membiak di dalam liang pori dan menyebabkan nanah dalaman. Akhirnya jerawat berlaku.

Itu saja yang saya dapat terangkan kaitan Insulin Resistant, Keradangan Kronik dengan Jerawat . Sekarang kita dah tahu betapa pentingnya tidur yang cukup boleh mengawal Insulin dan keradangan di dalam badan dan mengelakkan jerawat tumbuh.

Jadi aturlah waktu tidur dengan betul. Tidur yang cukup memberi kecergasan badan sepanjang hari. Kulit pun menjadi sihat dan bertenaga .


Cara Mencuci Muka Untuk Menghilangkan Jerawat



Mencuci muka dapat mengembalikan kesegaran kulit. Lebih-lebih lagi selepas anda beriadah, balik dari kerja dan melakukan aktiviti yang mendedahkan anda kepada persekitaran yang kurang bersih. Cuci muka juga dapat menghilangkan jerawat dan mencegah penumbuhan jerawat. Kalau anda nak tahu cuci muka adalah satu rahsia kecantikan artis dan model terkenal.

Saya pasti anda pun mencuci muka juga. Tetapi adakah anda mencuci dengan betul? Ikutilah lima langkah mudah cara mencuci muka dengan betul.

Bahan yang perlu ada: Pencuci muka, dua tuala muka, cotton ball, toner, pelembab/Moisturizer dan air bersih.

Langkah 1

Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda .

Langkah 2

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3

Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4

Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5

Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Hanya lima langkah untuk memiliki muka yang bersih dan berseri-seri. Mudah bukan. Oh ya sebelum saya terlupa, cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam supaya kulit sentiasa sihat dan bermaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan