POSTER MANIA

Fakta-fakta menarik tentang negara Malaysia.Akan Datang

POSTER MANIA

Binatang paling slow dalam dunia?.

Masih Dalam Pengubahsuaian

inxpiracy.blogspot.com

Masih dalam pengubahsuaian

inxpiracy.blogspot.com

Masih dalam pengubahsuaian

inxpiracy.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Inxpiracy:Intipati Pembentangan Bajet 2012 | Isu Belanjawan 2012 | Isu Semasa


Bajet 2012 telah selesai dibentangkan  oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada petang tadi. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia amat menantikan dan dahagakan isu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat tersebut bagi membicarakan tentang apa yang telah dirancang oleh kerajaan Malaysia. Pelbagai cadangan dan maklumbalas diterima dari pelbagai pihak berkenaan belanjawan yang telah dibentangkan itu, bakal dikupas didewan rakyat nanti.

Intipati Bajet 2012


Inxpiracy:Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS

Ni admin ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita.. memang agak kreatif la perompak-perompak sekarang ni kan.. nak tahu lebih lanjut baca kisah ni

Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu.

Ada orang yang telah menembak kereta aku!!

Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.

“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”.

Apa yang menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya.

Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang.

Dan sekarang baru saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari “HOME”…..

kan? bagaimana perompak dengan mudahnya mengenal pasti kediaman kita hanya dengan GPS yang terdapat dalam kereta kita.. sila kongsikan kepada teman-teman kita untuk keselamatan bersama..


Inxpiracy:Senarai 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012





Universiti ialah sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan universiti dipinjam daripada bahasa Inggeris (University) yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud “masyarakat pakar dan pengkaji”. Di Malaysia, terdapat banyak universiti yang hebat.
Sebelum meneruskan kepada universiti terbaik Malaysia 2012, eloklah jika kita mengimbau terlebih dahulu ranking 65 universiti terbaik Malaysia 2011 (LINK). Kalau kita bandingkan, rank dunia universiti tempatan 2012 lebih baik berbanding pada tahun 2011. Berikut merupakan senarai Top 50 Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2012. Tahniah UPM! (Nota: Pelajar UPM jangan gembira sangat kerana tahun 2012 masih belum berakhir, beerti ranking ini boleh berubah bila-bila masa tau)

Inxpiracy:KAHWIN SEMASA BELAJAR ANTARA KEBAIKAN DAN CABARAN


Secara ringkasnya kebaikan kahwin semasa belajar ialah apabila perkahwinan tersebut mampu memberikan motivasi kepada mereka. Ini kerana mereka merasakan perlu untuk lebih bertanggungjawab dan matang dalam membuat keputusan dan tindakan sama ada terhadap pembelajaran mahupun keluarga. Kehidupan mereka juga lebih teratur dan  terancang dari sudut masa dan aktiviti. Desakan dan keperluan membahagikan dan mencaturkan masa untuk perkara yang lebih penting  perlu diberi keutamaan. Malah, apa yang lebih utama, ianya boleh menghindarkan diri daripada maksiat dan gejala tidak bermoral yang semakin berleluasa di IPTA dan IPTS.

Cabarannya pula adalah kekangan kewangan untuk menanggung pengajian dan keperluan keluarga. Hal ini perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan menyebabkan pengajian terbantut. Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia kadang-kala memberi masalah dan cabaran kepada mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan matang adalah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul. Perkahwinan dalam usia dan keadaan yang belum matang boleh  menyebabkan penceraian berlaku. Justeru, berkahwin semasa atau selepas belajar bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari semua aspek terhadap ilmu dan cabaran alam rumahtangga perlu dititikberatkan dan diutamakan.

Inxpiracy:KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP BUMI PALESTIN

Jika dibandingkan negara kite dengan bumi palestin kite sepatutnya bersyukur kerana mendiami tanah yang aman serta bebas daripada mane2 pihak yang tidak bertanggungjawab dan sombong seperti Israel.Selalu kite dengar malah boleh dikatekan tiap2 hari ade je yang maut dekat palestin akibat serangan daripada israel.Jika kite bandingkan orang israel dengan binatang,rasenye binatang ade lagi hati perut. Golongan lemah seperti Kanak2,warga tua,dan wanita adalah golongan yang paling banyak ditindas dan dibunuh oleh orang israel...kejam orang israel ni....dibawah ade sedikit gambar2 yang menyentuh hati kite tentang kezaliman tentera israel terhadap rakyat palestin:-

Inxpiracy:Pengemis Dermawan(Biar Betol?????)


Kebiasaannya seorang pengemis tentu akan menyimpan duitnya untuk kegunaan sendiri,tetapi tidak bagi Wang Zhiyou. Dirinya mengemis untuk disumbangkan untuk orang yang lebih memerlukan.Lelaki yang berusia 41 tahun ini berasal dari Yongping di propinsi Heilongjiang, China.Dia telah mengemis selama 15tahun dan di panggil "Pengemis Dermawan dari Timur Laut".


Dia tiba di kota Changsha, ibukota Provinsi Hunan, pada 6 September 2011 yang lalu. Biasanya dia tinggal di satu tempat selama satu bulan hingga akhirnya pindah tempat lain.Setelah satu bulan mengemis,dia akan terus menyumbangkan hasil pendapatannya itu kepada mereka-mereka yang memerlukan.dia berharap dapat menemukan orang-orang tersebut melalui media,menurut katanya di china daily.

Wang mengatakan bahawa dia berbuat demikian kerana kisah hidupnya.Pada usia 18 tahun dia baru menyedari bahwa dia adalah anak angkat.Ibubapanya tidak mampu menyara kedua orang anaknya, sehingga dia diserahkan kepada orang lain.

Setakat ini Wang telah mendermakan hasil pendapatannya sebanyak 40ribu yuan kepada mereka yang memerlukan,dia juga akan meminta bukti kesusahan dari orang yang telah dibantunya.


Inxpiracy:Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah: